Aku masih disini....

Wednesday, June 20, 2012 9:46 PM Posted by rizal jabai
Assalamualaikum..
dah lama tak bermadah di blog  ini





aku nak kongsikan  dengan kekawan semua
kemana aku menghilang selama ini

last update blog ni bertarikh 02 Disember 2011  iaitu hari lahirku yg ke22 tahun..



seminggu selepas itu 09 Disember 2011, abah telah pergi buat selama-lamanya
abah menghembuskan nafas terakhir akibat sesak nafas dan juga penyakit darah tinggi
yang menyerangnya secara tiba-tiba pada  pukul 2.30 pagi

semasa dalam perjalanan ke hospital abah tidak sedarkan diri
setelah sampai di hospital
doktor mengesahkan abah telah meninggal dunia semasa dalam perjalanan.
aku redha dengan pemergian abah buat selama-lamanya.

semasa hari lahirku, itulah gambar  kenangan terakhir bersama arwah abah.
aku sayangkan abah,
 banyak jasa abah curahkan  untuk kami sekeluarga
 kerana didikan dan asuhan abah.
perhatian yang abah bagi kepada kami tak pernah  kurang ,malah lebih dari segala-galanya.

terasa sedikit sangat bakti yang aku curahkan..
aku nak curah banyak lagi,tapi tidak berkesempatan.
hanya doa ku panjatkan kepada Allah semoga abah tenang disana
bersama orang-orang yang beriman.
Alfatihah


selepas abah pergi, aku terasa kosong
aktiviti aku yang selalu join event terjah artis semua aku kurangkan
dan perlahan-lahan membawa diri dari kesibukan menerjah artis disana-sini

aktiviti hiburan yang selama ini aku join
merupakan satu pengalaman yang  sangat menakjubkan
dah tiba masanya untuk aku bersara
rasanya sudah  cukup terlalu aktif
sekarang aku menukar  minat
dengan mengisi aktiviti lain,
seperti bercuti dan menghabiskan masa dengan keluarga dan kawan-kawan.

hari ini aku masih disini,tidak menghilang kemana
cuma haluan dan caraku yang berbeza.


sekian wassalam

0 Response to "Aku masih disini...."

Related Posts with Thumbnails