Trip Kuala Lumpur -Hat Yai -Krabi- Ao Nang

Monday, February 23, 2015 9:30 PM Posted by rizal jabai

Assalamualaikum, lama dah aku tak update blog,  tiba tiba jari ni rajin menaip, nak kongsi kisah trip  ke Hat Yai - Krabi - Ao Nang yang tidak dirancang,

terasa nak syer sebab bila  nak search info kat google, banyak info yang dapat, so apa salahnya kalau aku tambahkan lagi info, dapatlah bantu sikit mana yang boleh dibantu.

Alkisah nak pergi perhentian untuk ambil lesen diving, tapi plan tak berjalan lancar, ditangguhkan
saja buat kerja gila aku ngan kawan aku Alan,

saje buka web KTM , search tiket ke Hat Yai, malangnya full, dah musim raya cina, kau berangan nak ade tiket lagi?
saja panjangkan langkah pergi cek tiket bas kat stesen bas shah alam, sama juga, semua full,


nak dijadikan cerita, gatal kaki ni pergi melangkah sampai pudu raya,  tetiba tiket ada, dan kami pun terbeli tiket.
balik tu terus google pasal Hat Yai.

sebab tu rasa nak syer gak cerita kat blog ni, mana tau ada gak orang gila macam kitorang ni kat luar sana yang nak kan pengembaraan adventure macam kitorang ni, nah silakan baca..hehe

17/2/2015 pukul 8 maalm gi cari tiket kat stesen bas shah alam/pudu raya




18/2/2015 12:00 AM : Bas dari kuala lumpur ke hatyai
Rabu harga tiket RM85
SUPER NICE BAS TAMBAHAN


19/2/2015 9:00 AM SAMPAI DI CTC  Bukit Kayu Hitam
Khamis  ambil boarder pass (Bas caj RM5)
makan, KENCING BERAK ETC
10:00AM gerak menuju Boarder Imegresen Thailand
JEM GILER  pukul 12:00 PM masih dalam bas
12:00PM ambil keputusan lompat dari bas, naik motor tepi jalan (RM10)
JALAN kaki ambil masa 20MINIT
keputusan lompat dari bas ni setelah mendapat maklumat
boleh naik van menuju stesen bas hat yai 
beli depan 7E TIKET VAN HARGA rm11.40
13:00 sampai di stesen bas hatyai
terus cari tiket bas menuju Krabi harga tiket  RM17.90
TIME BAS menuju Krabi 14:40PM
SAMBIL TUNGGU Bas datang, kami pergi mencari tiket bas balik ke Kuala Lumpur
planning balik 21/2/2015 (sabtu), malangnya semua sudah penuh. 
yang masih ada kosong pada 22/2/2015 ahad 9:00AM .
sangat lucky sebab ada 2 seat terakhir sahaja yang tinggal.
14:30PM setel cari tiket bas balik KL
BERSIAP SEDIA  tunggu bas datang untuk hantar kami Krabi
14:40 PM Bas bergerak menuju ke Krabi.
bas ini akan menuju ke Phuket, bas ni juga kan berhenti mengambil penumpang di beberapa tempat
untuk selamat, bagitau siap-siap kat konduktor bas, kalau dah sampai Krabi sila bagitahu.
Bas akan berhenti sekali atau 2 KALI SAHAJA untuk berhenti rehat makan kencing berak ETC.
19:40 PM  Sampai Krabi
kalau sampai lepas pukul 5pm keatas, bas akan berhenti ditepi jalan,
sekiranya masa kita sampai di KRABI Sebelum pukul 5PM, BAS AKAN BERHETI DI dalam kawasan stesen Bas Krabi.
kalau sampai awak boleh la siap-siap beli tiket bas untuk ke Hat Yai dari Krabi.
kami sampai dah malam, stesen bas dah tutup, terpaksa cari dan beli esok hari.
kami plan untuk beli masa kitorang balik dari Emerald Pool  esok hari.
dari Krabi menuju Ao Nang mengambil masa 30-40minit
ada 1 pakcik tuktuk ni taknak layan kitorang sebabnya kitorang tak buat tempahan bilik di Ao Nang
dia tak nak layan kitorang mencari bilik, festival season, semua full booking katanya.
kaalu bukan peak hour, standard caj seorang untuk naik tuktuk RM10,
KITORANG dicaj RM15 Per person untuk ke Ao Nang.
19:55 PM Dapat tuktuk dan menuju ke Ao Nang Beach.
20:30 PM  Sampai di AoNang Beach.
cabaran mencari bilik di Ao Nang Bermula
hampir 6 hotel dan hostel yang kami pergi full.
bertembung dengan rakyat Malaysia yang berada disekitar, banyak yang membantu
siap bagitahu dimana kawasan rate yang rendah dan peringatkan kami kawasan mana yang yang mahal.
Ada seorang sahabat Malaysia yang menegur kami dan memberitahu di kawasan Ao Nang Hostel ada dorm
dan masih ada 3 katil yang belum berpenghuni, dia suruh kami cuba nasib disana.
semasa kitorang sampai ada 4 orang omputeh pun tengah deal dengan pekerja Ao Nang Hostel,
disebabkan omputeh tu nak geng dorang sekali ditempatkan, nasib menyebelahi kitorang untuk dapat bermalam 
di situ.  Aku tingkat atas, kawan aku tingkat bawah, apa nak dikisahkan berasingan, sebab kitorang hanya nak cari tempat tidur
bukan tempat tinggal selamanya..haha
satu katil RM35 per person
21:30PM kitorang ambil 3 malam terus.
CHECK IN
22:30PM CARI MAKAN , 
MAKAN nasi goreng seafood, nasi goreng ayam , tomyam seafood air botol dan jus mangga.
RM39, PITAM…lari bajet, esok kena puasa, kedai kak lemon mahal..haha
20/2/2015 6:30 AM Bangun pagi , mandi
Jumaat
7:00AM SEWA MOTOR RM20 untuk 1 HARI
aktiviti menuju ke Emerald pool
masa pergi kasi isi full RM8, Balik Isi RM5
UNTUK PENDUDUK TEMPATAN, DORANG TAK BIASA DENGAN NAMA Emerald POOL
kalau kita nak tanya dorang kat mana Emerald pool ni, guna perkataan ini "SA MORAKOT"
DariAo Nang menuju ke sana mengambil masa 1JAM 30MINIT
8:00AM MENUJU KE Emerald POOL
JALAN NAK KE Emerald POOL Ni,  jalan menuju ke Krabi Airport, jalan kesana akan melalui kawasan yang dinamakan Nuea Khlong, juga akan melalui
jalan Khlong Thom, akan melalui hot spring
kitorang tersalah jalan, alternatif ialah kami bertanya dengan balai polis berdekatan, mereka sangat berusaha untuk membantu kita sampai ke sana.
selalin bertanya dengan penduduk tempatan, adakah kami dijalan yang benar, itu sahaja sambil beramas mesra dengan penduduk sini.
9:15AM SAMPAI di Emerad Pool
bayaran masuk RM20 per person
parking motor RM 1,
KALAU toilet kat luar kena  bayar, toilet kat dalam untuk salin baju atau aktiviti seni dalam tandas adalah percuma.
 1.2 KM untuk sampai ke dlam hutan  untuk melihat Emerald POOL.
SEBELUM SAMPAI KE Emerald Pool, kita kan tiba di sungai tempat mandi yang sangat awesome jernih airnya, kalau takm terjun, rasa rugi sangat.
silakan terjun, rasai nikmat jernih alam semulajadi dibumi thailand.
 emerald pool ni sangat indah, keunikan dasar berwarna biru dan jernih memukau pandanagn kita sejenak,
perghhh selain itu selut didasar itu juga sangat sensituif, kalau kita bertepuk tampar di atas, akan berlaku gema dan menghasilkan buih di permukaan air.
1:00 PM LUNCH KAT LUAR Emerald pool.
makan somtam seafood.
makanan diet plus jimat, nak kenyang oderla nasi, murah saja, 2 orang makn baruRM20
SEBELUM BALIK KE Ao Nang, kitorang kena cari tiket bas dari Krabi ke Hat Yai,
kitorang singgah diSTESEN BAS Krabi untuk membeli tiket bas
kitorang pilih untuk beli tiket pada 21/2/2015 tengah malam jam 12:00AM
SEBAB tiket bas dari Hat Yai Ke KUALA LUMPUR TARIKH 22/2/2015 9:00AM
dengan harapan perjalanan selama 5 jam akan melenakan kami sepanjang perjalanan.
2:00PM  Stesen Bas Krabi
tiket bas Krabi ke Hat Yai 12:00am (21/2/2015)
harga RM36 per person
Bas selesa boleh baring 75%..haha
3:00PM Menuju Ao Nang,
jalan jalan pantai
minum air kelapa
usha orang pakai bikini
tunggu sunset 
matahari terbenam lambat lagi, kitorang jalan-jalan kat tepi pantai sampai la jadi belacan. 
6:30PM SUNSET
KITORANG DAPAT PORT YANG  best giler, macam rock climbing pun ada sebab nak naik keatas ni.
7:30 PM Blik bilik mandi, rehat-rehat dan siap2 untuk aktiviti malam
9:30 PM CARI MAKAN, NAK makan murah beli kat gerai tepi jalan
padhai kot namanya, macam char kue tiau malaysia, banyak, penuh dengan rencah dan sedap.
hanya RM4, JUS anggur blended hanya RM3
10:30PM MASSAGE FULL BODY RM30, HAHA. Setelah seharian penat , dibelai dan dimassage.sangatlah nyaman, waduhhh.
11:30PM JALAN-JALAN  DI KAWASAN Ao Nang , perhati gelagat manusia dimalam hari.
12:30AM  BALIK bilik TIDOR
Sebelum tu, booking dengan hostel untuk tour Phi Phi Island
stardard harga orang akan letak RM140, KITORANG DAPAT harga RM120,
LEPAS JAMPI SERAPAH PUJI  OWNWER hostel, kami dapat harga RM110
DIA PESAN, JANGAN BAGITAHU KAT ORANG LAIN YANG DIA BAGI HARGA NI.
tour bermula 8:00am sampai pukul 2.00ptg.
ada pakej untuk tengok sunset dan disediakan BBQ sekali, itu untuk sesi sebelah petang.
RM 110 SPEED BOAT, sekali dengan lunch (buffet), snorkeling dan tour Phi Phi ISLAND, 
ada disediakan air botol mineral dan pepsi untuk pengunjung semasa tour nanti.
yang luckynya  ada two last sahaja untuk kami.
tak taulah kalau itu ayat dia goreng kat orang suruh beli on the spot.. Haha
BERBORAK DENGAN BEBERAPA rakyat malaysia disitu ada yang dapat harga RM105
Tapi dorang ada dalam 7 orang, dorang dapat speed boat dan termasuk pakej lunch buffet
ada juga yang dapat harga RM50 per person,geng dorang dalam 7 orang
tapi naik boat kayu, dan tidak terdapat set lunch.
terpulang pada korang pandai untuk tawar menawar dan ketahui apa yang ada dlam pakej yang disediakan.
21/2/2015 6:30AM Bangun pagi, siap-siap dan cari breakfast
Kitorang cari makan dikawasan masjid. Ada nasi kuning dan ayam goreng, kuih muih pun ada,
bajet makan pagi RM10.
8:30 AM Phi Phi Island tour
biar gambar bercerita
11:00AM Snorkeling
12:00PM LUNCH
1:00PM MANDI MANDA/SNORKELING DI PULAU
2:30PM PULANG KE Ao Nang Beach
4:00PM SAMPAI DI Ao Nang
4:30PM BALIK BILIK MANDI/REST
7:30PM CARI MAKAN MALAM/JALAN-JALAN TENGOK KEHIDUPAN MALAM DAN MEMBELI BELAH
10:30PM CHECK OUT
10:40PM CARI TUKTUK untuk hantar ke Krabi (40minit)
bas ke Hat Yai akan ambil kitorang disana pada jam 12:00 AM tepat.
11:15PM SAMPAI DI KRABI
lepas jam 5 petang ke atas bas tak akan masuk ke stesen bas, bas akan mengambil penumpang ditepi jalan
di tepi Bank KASIKORN BANK
BAS yang datang dari Phuket akan berhenti mengambil penumpang diKrabi dan akan menghantar kami ke destinasi terakhir stesen Bas Hat Yai.
12:00AM BAS datang dan bergerak menuju Hat Yai
hanya sekali atau 2 kali sahaja bas akan berhenti untuk rehat/kencing/berak.
jalan lengang di waktu malam menyebabkan bas mengambil masa hanya 4 jam sahaja ke Hat Yai.
biasanya 5 jam.
22/2/2015 3:50AM SAMPAI di stesen bas Krabi
4:00AM Sambung tidur di atas bangku menunggu bas di stesen bas Hat Yai
6:30AM TOILET/SURAU ADA DISINI
7:30AM BREAKFAST Dikawasan berdekatan,
makan bubur nasi telur mata air tEH.O
HANYA RM5 shj
8:30AM menunggu ditempat beli tiket bas ke Kuala Lumpur,
van datang menjemput kami dan menghantar kami untuk menaiki Bas Konsortium
perjalanan kesana mengambil masa 30minit.
9:30AM BAS dijangka sampai, malangnya bas lewat 1 jam dari plan masa asal.
10:30AM  BAS TIBA dan menuju ke Boarder Imegresen Thailand,  perjalanan mengambil amsa 1 jam 
11:30PM COP pasport dan teruskan perjalanan untuk ke Boarder Imegresen Malaysia untuk pengesahan dan pemeriksaan beg.
12:00PM Singgah di CTC Bukit kayu hitam untuk makan tengah hari/toilet
makan tengah hari nasi goreng RM5/ AYAM GORENG RM4/Air mineral RM1.60
LUNCH  RM10.60
1:00PM TERUSKAN PERJALANAN KE KUALA LUMPUR
START kuala kangsar jalan raya menjadi sangat sesak
sepanjang perjalanan, bas hanya berhenti 2 kali sahaja untuk urusan toilet/rehat/makan
23/2/2015 1:30AM SAMPAI PUDU SENTRAL




Pudu Sentral

Bas menuju ke Krabi dari HatYai



Port untuk tengok sunset

sunset yang awesome
motor yang disewa rm20 menuju  ke Emerald Pool 96km

Emerald Pool or Sa Morakot






Balik dari Emerald Pool, singgah beli tiket dari Krabi ke Hat Yai


makan mahal RM39 untuk nasi goreng seafood/nasi goreng ayam + Tomyam seafood/ air mineral/jus manggo

makanan murah, "Padhai" ala-ala char kue teow Rm4 Sahaja

Anggur jus blended, hanya RM3 shj

Phi Phi Island

Snorkeling



Ao Nang beach

Ao Nang beach

Phi Phi Island





tunggu bas depan bank, tepi jalan ditengah malam.


ps: DALAM CERITA ni matawang dah siap convert ke RM,

PPS: ORANG KATA kalau jumpa rakyat Malaysia kat luar negara mesti dorang sombong sesama rakyat Malaysia, semua tu depend pada attitude kita sendiri sebenarnya,
kalau kita tak memulakan perbualan, kita sendiri yang malu nak tegur, kenapa kita kena cop orang lain yang sombong, setakat ni jumpa semua geng rakyat Malaysia yang happening dan sporting, respect each other dan saling bantu antara satu sama lain.



maaflah kalau macam panjang je jalan kami, tapi sumpah, pengalaman ni takde jual kat kedai.

tiket  harga rendah semua boleh beli,

semangat tinggi tak boleh dibeli

ketabahan dalam cabaran bukan bukan untuk sesuka hati

hanya yang terpilih akan memperolehi.


sekian ijai membebel..taraaa ASSALAMUALAIKUM

1 Response to "Trip Kuala Lumpur -Hat Yai -Krabi- Ao Nang "

  1. Royalcasino363 Says:

    Royalcasino363

Related Posts with Thumbnails