Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin
baca tajuk betul-betul
komfem gila kan?
hahaha
kalau tak ada baju raya,
adakah anda akan bogel dihari raya?
jangan buat kerja gila
kita patut bersyukur dengan apa yang kita ada
pakai lah apa yang ada
janji kita gembira
ijai pakai apa yang ijai ada.
raya tahun nih ijai ada dua baju raya,
saja nak posing sehari pakai sampai dua persalinan
(dah macam pengantin)hahahaha
sebabnya
nak abadikan memori di pagi raya
dah pakai baju cantik-cantik,semua pun berposinglah..hehe
bergambar dipagi raya bukan sebab nak tayang baju raya sahaja
juga sebagai kenangan dan memori yang terindah untuk dikongsi bersama
ini kakngah ijai ..dari kecik sampai besar.kitorang memang suka bergambar
ini abang ijai..dulu ijai kecik je daripada dia
sekarang...hahaha
ni adik ijai yang dulu kecik
sekarang dah sama besar dengan abang dia..huhu
mak dan abah yang melahir dan membesarkan ijai dan adik beradik yang lain
tenkiu mak,tenkiu abah
tahun nih kakngah ijai bersama suami dan anak-anak
beraya bersama ijai dan keluarga di Shah Alam
ijai ada dua lagi kakak yang tidak dapat beraya bersama
kaklong dan kakak jai yang lagi satu beraya dirumah mentua mereka
opah bersama cucu tercinta
kenangan indah bersama yang diabadikan
dalam memori card kamera,kemudian ditransfer kedalam komputer
dan dirasai dalam hati
walaupun hanya sekeping gambar
tapi dalam sekeping gambar itu
dapat memberikan seribu makna dan kenangan :)