Ujian mengenali diri sendiri

Monday, January 24, 2011 5:23 PM Posted by rizal jabai
ada  satu  permainan menenali  diri  sendiri

korang  jawab  soalan  ni...

mula-mula korang bayangkan korang berada dalam hutan

sekarang bayangkan binatang apa yang korang  pikir kan?

-nyamuk(ini  jawapan ijai)jangan tiru..jawab  ngan  jujur  dan  listkan jawapan  korang  ye

kemudian   korang  jalan lagi menyusuri hutan
kemudian binatang apa  yang korang bayangkan lagi?

-ular

semasa korang  jalan dalam hutan tu,tiba-tiba

korang terjumpa 1 tin air Coca Cola
apa korang  buat?
pilih  antara  3  ni sahaja

a)ambik terus  minum
b)belek air  tin tu..kalau  elok  ambil,kalau tak elok buangkan  sahaja
c)buat tak tau  je

-jai pilih  b)

ok selepas  babak air  tin,korang teruskan perjalanan..
tak jauh  dari tempat tadi ,dekat  bawah  pokok
korang tejumpa ada pelbagai jenis gelas
ada kaca,besi dan kayu
korang pilih yang mana?

-jai pilih kayu

sekarang korang berdepan dengan sungai,
korang kena menyeberangi sungai ini
apa korang buat?

a)redah je  sungai tu
b)buat jambatan atau rakit untuk menyeberanginya
c)korang jalan sampai ke penghujung sungai tu sampai jumpa jalan yang menemukan dengan seberang jalan

jai  pilih a)

selepas menyeberangi jalan

korang berdepan dengan satu persimpangan
korang pilih  simpang  jalan yang mana?
a)simpang pertama jalan  lurus..tapi  sangat  jauh
b)simpang kedua,jalan penuh  cabang..tetapi cepat sampai


-jai pilih b) jalan penuh cabang

ok,ni  babak terakhir dalam hutan ni.

korang kena masuk kedalam gua
korang dah lama gila  menyusuri gua  tu..tapi tak jumpa-jumpa penghujung jalan gua  itu
apa korang buat?

a)patah balik
b)cuba  cari  jalan kat dalam gua tu sampai jumpa cahaya(mungkin itu jalan keluar)


-jai pilih b)
ok  selesai

Makna disebalik setiap jawapan yang dipilih

pertama
binatang pertama yang korang bayangkan mewakili diri kita sendiri
cuba ambil sifat positif dan negatif binatang itu
macam ijai..sifat nyamuk orang suka gigit orang..haha

kedua
binatang kedua ialah lawan korang korang tak boleh ngam dengan seseorang yang bercirikan haiwan kedua
ijai pilih ular,ijai tak ngam dengan  orang yang bersifat lidah bercabang macam ular,pendiam dan merbahaya macam ular

ketiga
pilihan jawapan untuk soalan ini ialah
mengenai  sikap anda berkaitan prihatin atau tidak dengan perkembangan sekelililing anda

kalau pilih a)
 korang jenis mengambil tahu segala jenis perkembangan yang berlaku,dan menyebarkan tanpa teragak-agak

 kalau pilih b)
korang jenis mengambil tahu perkembangan yang memberi  manfaat pada diri sendiri,yang tak ada faedah..korang malas nak ambil tahu

kalau pilih c)
korang jenis buat hal sendiri,tak nak tahu hal semasa

keempat
pihan gelas ini mewakili sifat dalaman dalam diri anda

besi-sangat  keras hati,susah nak melenturkan hati yang  sangat  keras seperti besi

kaca-sangat sensitif,mudah tersentuh,mudah pecah

kayu-sangat semulajadi..boleh  menjadi keras seperti kayu...tapi boleh jadi selembut kertas..kertas kan diperbuat daripada pokok

kelima
meredah sungai berkaitan bagaimana anda membuat keputusan

a)seorang yang berani mengambil risiko dan tidak teragak-agak untuk membuat keputusan

b)seorang yang akan memikirkan jalan penyelesaian sesuatu masalah secara telus

c)jenis  orang  yang  lebih  suka  berserah  dan  tidak  suka  memikirkan  banyak perkara

keenam
berkaitan bagaimana anda memilih gaya hidup,adakah anda seorang yang suka kan cabaran atau anda seorang yang lebih sukakan sesuatu yang ringkas dan tidak perlu memikirkan banyak perkara

a)jalan lurus-seorang yang  sukakan  sesuatu  yang  ringkas  dan straightforward person

b)jalan penuh cabang- seorang yang  sukakan cabaran dan rintangan.

ketujuh
menentukan siapakah anda  didalam melakukan sesuatu perkara

a)patah balik..menunjukakan anda senang berputus asa

b)meneruskan perjalanan mencari cahaya menunjukkan anda seorang yang sukar menyerah kalah


selesai

sudah kah anda mengenali diri anda?

ujian ini bukanlah 100% tepat dan korang wajib percaya
ujian ini hanyalah permainan dan kita boleh merebus otak kita untuk berfikir
siapakah kita?
adakah kita betul-betul mengenali diri kita?

*ujian psikologi ini adalah tunjuk ajar dari kaunselor ijai masa sekolah
ijai sangat suka  permainan ni..
minta maaflah kalau permainan ni membosankan
ijai hanya mampu  berkongsi dengan anda,yang baik  korang  ambillah
sekian terima kasih..enjoy  okeh
sebarang pertanyaan dan kemusykilan  korang   tanya  lah  ijai  ye..heeee

3 Response to "Ujian mengenali diri sendiri"

  1. FIFIEY LYCHEE MARATION Says:

    nak try jawab. suka jwab2 soklan mcmni. guna akal logik berdasarkan kehidupan sekeliling. yg penting takde formula2 segala..haha

  2. miera Says:

    a ah, a ah, sameee. hehe.

  3. Anonymous Says:

    Hi there, I found your blog via Google while searching for first aid for a heart attack and your post looks very interesting for me..

Related Posts with Thumbnails